Sunday, August 15, 2010

Salahkah??

imagesAssalamualaikum WBT... Sekian lama sy tidak hadir di ruangan ini. Sekadar mengambil kata2 yg sy dengar entah dr mana, diam tak bermakna kalah, melawan tak menunjukkan kita kuat dan krn itu, saya diam sebentar. Elok benar mengajar diri utk diam seketika drpd sy merapu diruangan yg sy kasih ini. Tanggal 3 Ramadhan 1431 Hijrah sy kembali lg ke rumah Allah itu utk bertarawikh. Seperti jg mlm2 sebelumnya, hati sy tak pernah sabar utk berjemaah, jiwa sy girang dan perasaan sy bernyanyi indah ketika melihat ramai muslimin dan muslimat meramaikn teratak indah itu. Tapi, malam ini hati sy menangis, jiwa sy berlagu sendu. Ketika azan Isya' indah berkumandang memenuhi ruang maya, sy meminjam waktu yg tersisa utk melihat keadaan sekeliling. Apa yg sy lihat begitu ramai jemaah kita yg alpa. Bukan shj anak remaja, malahan ramai yg sudah lanjut usia yg masih leka menekan telefon mewah mrk, ada yg sibuk menukar barisan saf utk berdiri dekat dgn kenalan masing2, ada yg bergelak sakan bercerita dan bertegur sapa dgn jiran2, gah mengatasi suara muazim yg merdu. Saya tersenyum...tiba2 jiwa sy tersentap tatkala gadis di saf hadapan sy ditegur kasar seorang jemaah kelas atasan. Padanlah kehadiran kami dan bbrp ibu yg membawa anak kecil dan remaja dipandang sinis, rupa2nya mampir kami tidak disenangi jemaah2 kelas atasan ini. Adik gadis remaja td (sy percaya usianya melebihi 10 thn) dikatakan tak wajar berada dlm saf tersebut. Gadis itu terpinga-pinga meminta penjelasan kenapa adiknya dikatakn tidak mumayyiz dan mengganggu kebersihan jemaah2 yg lain. Muslimat itu tetap dgn pendiriannya menyatakn adik gadis perlu sembahyang di bilik luar, jauh dr jemaah di bilik air-cond itu. Tanpa berhenti, wajah marah itu melekat mula pd sy. Anak perempuan 5 thn sy yg siap sy mandikn, lengkap berwuduk, sy pakaikn telekung dan wangian dikatakn mengotori saf? Hati sy hancur umpama kaca menghempas lantai. Betapa sy yakin, anak yg sy sudah sy khatankan sejak di awal kelahirannya, sy bersihkn sblm hadir ke rumah Allah ini tidak berkeadaan kotor. Bahkan, kedudukan saf sy yg paling kiri, paling belakang tidak langsung mengganggu jemaah yg lain. Namun apa daya sy, sy hanya menumpang kasih utk berjemaah di teratak binaan kaya-raya di kejiranan ini. Dengan wajah sugul gadis itu terus menarik tangan si adik utk segera keluar dr bilik itu bersama-sama sy. Bersolatlah kami di ruangan luar menyertai ramai lg jemaah yg membawa anak2 remaja yg mungkin, sy percaya pernah ditegur kehadiran mereka di sini sama spt kami.

Selesai Isya' hati sy bermonolog. Adakah mumayyiz benar jemaah di bilik berhawa dingin itu? Tidakkah mereka tahu adalah silap bercakap-cakap ketika azan berkumandang? Tidakkah mereka sedar menjawab bait azan adalah lebih perlu diutamakan sebelum doa slps azan? Tidakkah mereka tahu ibu yg menggendong anak masih lg boleh menyertai org yg berjemaah di dlm masjid? Tidakkah mrk sedar anak kecil yg bersih dimandikn dan lengkap berwuduk boleh menemani kita bersolat sebaris dgn saf yg ada? Saya menangis...Menangis bkn krn sedih tp menangis krn sy tidak punya kuasa utk memberitahu bahawa mrk sebenarnya tidak tahu, bahawa mrk masih dangkal, bahawa mrk masih byk yg perlu diajar....Salahkah niat sy yg hanya utk mendidik anak kecil sy utk suka menziarahi rumah Allah? Silapkah sy utk membawa anak sy merasai zaman kanak2 sy yg indah bila acap didukung atuk ke surau di kampung kami. Walau ada tika sy lebih rela tinggal menonton tv di rumah, atuk tak pernah lelah menggendong sy yg montel ke surau. Kata atuk, rumah Allah akan bertambah indah kalau kita selalu meraikannya. Di sinilah tempat atuk berkumpul utk sembahyang 5 waktu, sembahyang sunat tarawikh, sembahyang sunat hari raya dan sembahyang jenazah org kampung yg pergi mengadap Ilahi. Di sinilah tidak akan ada kuasa hebat melebihi kasih dan rahmat Allah. Di sinilah semua umat, tanpa ada boundaries darjat atau keturunan berkumpul, meraikan satu sama lain dan menyambut salam org asing dgn rasa hormat dan kasih. Tapi anakku, ini dunia akhir zaman. Zaman di mana di dahi kita sudah terukir darjat kita. Mungkin kita tidak layak utk ke teratak mewah ini, mungkin muslimat2 kelas atasan ini tiak betah utk berjemaah dgn kita, atau mungkin, mereka tidak pernah diheret ayah atau atuk mereka ke rumah Allah ketika mereka masih kecil dulu. Lantas, kenangan ketika tinggal di perantauan dulu hadir dlm ingatan. Di teratak Allah yg mungkin tidak semewah mlm ini meraikan setiap jemaah yg hadir. Walau ada ketikanya, ada diantaranya yg masih baru mengenal Islam, yg dikalangannya masih canggung berwuduk, yg segelintirnya masih bertatih dlm solat, masih tetap dirai dgn hati yg besar. Imam, isterinya serta anak2 remaja kita yg belajar di sana begitu besar hati menyambut salam jemaah baru, tidak melihat siapa atau dr mana mrk dtg, tidak kira tua atau muda, aanak2 kecil atau remaja, semuanya tetap dipandang baik di rumah Allah tersebut. Pd waktu solat, ada yg ringan tgn membawa anak2 kecil ini utk diajar berwuduk dan ditolak lembut utk menyertai saf ibu atau bapa mereka. Kadang kala, anak2 remaja kita sama2 berganding bahu meraikan rakan baru dgn kudapan dan makanan dr rumah masing2 utk sama2 dijamukn kpd jemaah yg baru belajar. Tidak lg sy sebut kelas agama dan mengaji yg mrk jalankan pd hari kelapangan mrk (biasanya Ahad) pd anak2 kecil yg usinya ada yg lebih awal dr anak perempuan kesayangan sy.Tidakkah mrk melihat anak2 kecil itu kotor? atau najis? Dgn apa yg berlaku pd mlm ini, sy mulai faham. Faham niat Imam dan isterinya meraikan semua org ke masjid, faham niat anak2 remaja kita membuka hati dan tgn mrk pd yg mahu memenuhi rumah Allah itu, faham yg jauh di sanubari mrk ada doa....Doa indah agar satu hari nnt mualaf itu akan faham yg Islam itu indah, Islam itu meraikan dan mengasihi, agar satu hari nnt anak2 kecil ini tidak akan sesekali mengeluh diajak ke masjid, akan suka hatinya mengunjungi teratak Allah, akan gembira jiwa mereka di masjid ini dengan hati yg besar dan megah....InsyaAllah....

1 comment: