Friday, April 30, 2010

Katak si Katak Lompat...


Just now, rasa nak tergelak sakan ada, sayu pon ada. My 4th sister balik mengadu cakap nak tukar keje plak. Paling nyata, ni bukan kali kedua or ketiga ye. Bile ditanya, still the same reason, mane dia keje ada je yang suka rosakkan periuk nasi dia. Kalau tak kerana collegues yang pijak psl nak naik cepat, pasti pasal senior gila kuasa. Kadang2 kesian jugak bila ingatkan adik sendiri yang kurang semangat ni. Bukan ape, dia cakap kadang2 tu senior dia suke sangat menca***. Mak Abah kami dulu, paling tidak pon, telinga dipulas or dicubit pusat sampai berbirat. Takde plak sampai kena hambur. Tu yang dia tak berapa berkenan. Kalu ye pon nak menyuruh, suruh jerla leklok. Collegues plak duk kuat sangat mengipas. Susah jugak bila dikenangkan. Ape yang mampu saya buat hanyalah menyokong sebarang keputusan yang diambil. Kalau nak suruh dia stay kat tempat keje tu pun x elok jugak bile diingatkan tiap kali balik keje, adik akan luahkan rasa sedih atas ape yg senior dia buat. Saje je nak kumpul dosa kering pasal duk mengata orang tu, so berundur jerla. Diam tak bermakna kalah tapi, mencipta amarah dan pergaduhan tu dibenci Allah. Saya pasti, senario ni bukan hanya dialami oleh adik saya sendiri. Bahkan, ramai lagi orang kat luar sana yang mungkin facing the same problems or worst than her. Yang nak menjatuhkan, biasanya sesama bangsa dan agama. Ramai yang lupa, hidup ibarat roda yang berputar. Kadang kita di atas, kadang di bawah. Rezeki kurniaan Allah Taala ni patut disyukuri. Kalau Dia nak ambil balik, within a blink pon bole hilang begitu saja. Sebab tu, wujudnya zakat dan sedekah. Akan sampai waktu kita dinaikkan pangkat kalau usaha yang kita olah sebanyak yang kita inginkan. Akan tiba saatnya kita akan dimandikan nikmat jika kita tak sayang menyumbang dan berkongsi rezeki yang kita perolehi tanpa disoal balik ke mana bakalnya pergi sedekah yang kita hulurkan. Ingat-ingatlah teman...

Bertatihlah...

Hari ini, saya baru nak start bertatih...Akal menyokong, apatah lagi hati duk menjerit mintak diluahkan aper yang terpendam sejak sekian lama. Apa guna ilmu kalau tidak dihebahkan, apa harga pengalaman kalau tidak dikongsi...Saya akan hadir dengan ceritera yang pernah saya lalui, lihat, dengar, dan amati sepanjang hampir 29 tahun menghirup udara Tuhan...Tegurlah andai ada yang tidak kena, ambil iktibar andai apa yg saya luahkan pernah terkena pada kita. Bersyukurlah kerana, hari ini kita masih ada nadi sebagai petanda Allah SWT masih memberi kita peluang untuk mengumpul harta buat dibawa ke sana...Alhamdulillah